Bon Daiya no Ēsu

Ace of Diamond menerima Anugerah Manga Shogakukan ke-53 bagi kategori shōnen pada tahun 2008.[30] Manga ini juga memenangi Anugerah Manga Kodansha ke-34 bagi kategori shōnen pada tahun 2010.[31]

Menjelang Mac 2015, 45 jilid pertama siri ini telah terjual lebih 22 juta salinan.[32] Menjelang November 2015, manga itu mempunyai lebih 25 juta salinan dalam cetakan.[33] Menjelang Ogos 2021, manga itu sudah melampaui 40 juta salinan dalam cetakan.[34]

Daiya no Ēsu masuk ke dalam senarai manga ke-25 terlaris pada tahun 2011, dengan 1,711,607 salinan terjual.[35] Majalah Nikkei Entertainment menerbitkan senarai 50 mangaka mengikut jualan sejak Januari 2010, dalam terbitan September 2011; Yuji Terajima, pengarang manga itu menduduki tempat ke-20, dengan 2,792,000 salinan terjual.[36] Manga ini menduduki tempat terlaris ke-27 pada tahun 2012, dengan 1,685,194 salinan terjual.[37] Pada 2013 Daiya no Ēsu menjadi manga ke-23 terlaris, dengan 2,010,045 salinan terjual. Data tersebut menunjukkan kenaikan jualan manga selama beberapa tahun.[38]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Daiya no Ēsu http://www.animenewsnetwork.com/news/2017-03-03/co... https://mediaarts-db.bunka.go.jp/id/M535669 https://web.archive.org/web/20230314060324/https:/... https://web.archive.org/web/20051119062852/http://... http://ad.kodansha.net/schedule/magz.html https://natalie.mu/comic/news/136172 https://web.archive.org/web/20221013122331/https:/... https://web.archive.org/web/20140318075034/http://... http://www.bookclub.kodansha.co.jp/bc2_bc/search_v... http://kc.kodansha.co.jp/product?item=0000019563